Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Selamat Datai ngagai Blog Semekar Cintaku

Selamat Datai ngagai Blog Semekar Cintaku

Jul 3, 2012

Negara Persekutuan di Amerika Syarikat

Pengenalan
Pengertian Negara Persekutuan:  Pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri atau kerajaan tempatan. Contoh negara persekutuan ialah Amerika Syarikat, India, Kanada, Australia dan Malaysia.



Negara Persekutuan di Amerika Syarikat
Sebagai sebuah kerajaan persekutuan, AS mengamalkan satu sistem pemerintahan yg terdiri daripada dua kerajaan iaitu;
  1. Kerajaan pusat
  2. Kerajaan negeri
Kerajaan pusat dan kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa masing2 dalam pekara2 tertentu. Sungguhpun wilayah tersebut  menyerahkan kedaulatannya kepada kerajaan pusat, identiti kerajaan tersebut tidak akan hilang [dijamin oleh perlembagaan persekutuan] Sebagai contoh, perlembagaan AS tetap memberi kebebasan kepada negeri2 untuk menggubal undang2 berkaitan adat dan budaya masing2 kerana setiap negeri mempunyai  latar belakang dan yg berbeza. Faktor inilah yang menyebabkan perpaduan di AS tetap utuh walaupun terdiri daripada 50 buah negara.
Peta Amerika Syarikat

Perlembagaan AS menggariskan secara terperinci badan2 yg memerintah Amerika. Presiden boleh;
  1. membatalkan undang2 dengan menggunakan kuasa veto.
  2. Mengawasi kongres.
Walaupun kerajaan persekutuan diberi kuasa yang luas, rakyat tidak bangkit menentang kerana;
  1. Kebebasan dan hak peribadi mereka tidak diusik.
  2. Perkara berkaitan dasar luar dan perdagangan diserahkan kepada kerajaan persekutuan.

Kesimpulan
Sistem pemerintahan yang teratur banyak mempengaruhi situasi politik sesebuah negara. Perlembagaan sesebuah negara memperincikan pentadbiran dan hak bagi mengelakkan berlakunya pertindihan  kuasa atau pengabaian hak.

No comments:

Post a Comment