Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Selamat Datai ngagai Blog Semekar Cintaku

Selamat Datai ngagai Blog Semekar Cintaku

Jul 3, 2012

Negara Kesatuan di Perancis

Pengenalan
Negara kesatuan merujuk kepada kuasa kerajaan pusat lebih luas berbanding kuasa kerajaan tempatan yang lebih terhad.Contoh negara kesatuan ialah Perancis, Britain, Itali dan Jepun.

Ciri-Ciri Sistem Kesatuan
  1. Kesemua urusan negara adalah dipusatkan.
  2. Kuasa mentadbir yg diberikan kepada wilayah / bahagian boleh ditarik balik.
  3. Wilayah atau bagahian adalah agen kepada pemerintahan pusat kuasa autonomi tidak diberikan sepenuhnya]
Antara kelebihan sistem negara kesatuan ialah, sebarang pertindihan / percanggahan antara pembuat dan pelaksana dasar dapat dielakkan. Walau bagamanapun sistem ini juga mempunyai kelemahannya iaitu tidak sesuai digunakan dalam situasi negara yg luas dan penduduk yg ramai.
Peta Negara Perancis

Negara Kesatuan di Perancis
Konsep  negara kesatuan yang diamalkan di Perancis merujuk kepada  pemusatan semua kuasa negara sehingga memberi kuasa tertinggi kepada kerajaan pusat.

 Setelah sistem feudal dihapuskan, pentadbiran baharu telah diperkenalkan di Perancis. Perancis dibahagikan kepada 83 department [wilayah] dan setiap department pula dibahagikan kepada cantons [daerah]. Setiap cantons dipecahkan lagi kepada commune.

Di setiap department diwujudkan General  Council . Ahlinya dilantik pemerintah pusat. General Council menjadi penghubung rakyat – kerajaan pusat

Commune pula berperanan mentadbir kawasan bandar;
  1. Meluluskan permit bangunan.
  2. Menjaga keselamatan penduduk.
  3. Menguruskan pendaftaran perkahwinan.
-  Commune diketuai oleh Mayor [Datuk Bandar].

Datuk Bandar pula berperanan sebagai;
  1. Wakil kerajaan pusat di bandar.
  2. Menguatkuasa undang2 tempatan.
  3. Mengurus pekerja di kawasannya.
* Keputuan Datuk Bandar  boleh dipinda, diubah dan dibatalkan oleh kerajaan pusat.

Kesimpulan
Setelah pemansuhan sistem feudal, pemerintahan negara Perancis berubah kepada sistem negara kesatuan. Sistem ini lebih tersusun dan organisasi mempunyai garis panduan masing2.

No comments:

Post a Comment