Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Jul 19, 2012

Ekonomi Kapitalisme di England



Pengenalan
Perubahan ekonomi berasaskan pertanian kepada ekonomi berasaskan perindustrian dapat kita lihat melalui perkembangan dalam bidang pertanian, penternakan, pengangkutan, pertambahan penduduk, perdagangan dan perindustrian.

 
Perkembangan Ekonomi Kapitalisme di England

 
i. Perkembangan Bidang Pertanian
Kaedah pertanian baharu yang diamalkan di England berjaya meningkatkan hasil keluaran. Antara kaedah baru yang digunakan ialah;
           i. Sistem tanah berpagar [Akta Pemagaran Tanah Awam] menggantikan sistem tanah lapang.
           ii. Penggunaan jentera seperti Jethro Tull [mesin penggali lubang dan penabur benih]
          iii. Sistem Tanaman Bergilir Norfolk
          iv. Memperkenalkan sistem pengurusan ladang moden [sistem pajakan yang menggalakkan   pelaburan besar]
          v. Penggunaan baja tiruan.

2. Kemajuan bidang ternakan
Petani England telah menggunakan kaedah penternakan yang paling efisien sekaligus mampu mengeluarkan hasil yang banyak. Sebagai contoh, mereka telah menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan penternakan di kawasan yang sama. Teknik ini mampu;
        i. Menjimatkan penggunaan tanah [penggunaan yang sangat efisien]
       ii. Mengekalkan kesuburan tanah [najis binatang dijadikan baja]
       iii. Mengatasi masalah bekalan makanan bagi binatang

Selain itu, kaedah tumbesaran ternakan turut diperkenalkan. Robert Blakewll berjaya menemukan teknik baru untuk mempercepatkan proses tumbesaran ternakan. Hasil ternakan berjaya dipertingkatkan dalam masa yang singkat.

3. Perkembangan Jaringan Pengangkutan
Revolusi Perindustrian yang tercetus di Eropah telah membawa kepada kemajuan dalam bidang pengangkutan. Contohnya;
         i. Pembinaan jalan raya dan landasan kereta api
         ii. Pembinaan kapal besi
         iii. Penciptaan kapal enjin stim atau wap
         iv. Pembinaan Terusan Worsley
         v. Penciptaan lokomotif [memudahkan kerja mengangkut barang seperti arang batu]

Perkembangan sistem pengangkutan termasuk melibatkan penciptaan teknologi bagi menambahkan kepesatan ekonomi England.

Kemudahan pengangkutan dan pembangunan pesat ekonomi ini membawa kepada pertambahan populasi di England. Sekitar tahun 1850-an, penduduk Ireland berhijrah berama-ramai ke England untuk mendapatkan peluang pekerjaan terutama dalam industri tekstil.

4. Perkembangan perdagangan antarabangsa
Penggunaan teknologi baru dan pertambahan jumlah penduduk England telah merancakkan lagi ekonomi negara tersebut. Keadaan ini menyebabkan berlakunya lebihan keluaran sekaligus mendorong kepada usaha pengeksportan.

Bagi menggalakkan aktiviti perdagangan, kerajaan England telah memansuhkan tarif bagi bahan mentah. Hal ini dapat menggalakkan negara luar mengimport barangan siap dari England. Kerajaan England mengamalkan dasar  menggalakkan pedagangan antarabangsa England. Sebagai contoh;
        i. Menubuhkan pasukan Tentera Diraja untuk menjamin keselamatan pedagang.
       ii. Menghapuskan akta yang menyekat kebebasan aktiviti perdagangan
      iii. Mengurangkan senarai barang yang dikenakan duti

5. Perkembangan bidang perindustrian
Selari dengan perkembangan dalam bidang pertanian, bidang industri juga semakin maju. Industri tekstil, arang batu dan besi merupakan antara industri yang semakin berkembang.
      i. Permintaan yang tinggi terhadap barang tekstil membawa kepada penciptaan mesin pemintal benang oleh James Hargreaves.
     ii. Penciptaan mesin tenun menggunakan kuasa air oleh Edmund Cartwright.
    iii. Penemuan kaedah menghasilkan keluli dengan cepat dan murah
     iv. Pengenalan sistem puddling bagi mengekstrak bijih besi
Perkeembangan dalam bidang industri membawa kepada peningkatan jumlah keluaran dan juga eksport England.

Kesimpulan
Menjelang tahun 1700, bidang industri berkembang pesat di England. Ini dibuktikan dengan peningkatan kadar eksport.

No comments:

Post a Comment