Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Selamat Datai ngagai Blog Semekar Cintaku

Selamat Datai ngagai Blog Semekar Cintaku

Jul 20, 2012

Ekonomi Kapitalisme di Amerika Syarikat

Pengenalan
Ekonomi kapitalisme mula berkembang di AS selepas berakhirnya Perang Amerika - England. Pada abad ke-18, ekonomi AS beralih dari perladangan kepada perkilangan. Perubahan tumpuan ekonomi AS kepada perkilangan atau perindustrian ini dipacu oleh beberapa faktor.

Faktor yang menyumbang kepada Pertumbuhan Industri di AS


Perkembangan Ekonomi Kapitalisme di AS
Perkembangan ekonomi kapitalisme di AS dapat dilihat dari perkembangan beberapa bidang utama seperti bidang pertanian, industri galian minyak dan besi keluli, kepesatan perdagangan antarabangsa dan munculnya perniagaan yang berskala besar.

1. Perkembangan sektor pertanian
Sekitar 1800, negeri2 di selatan dan barat AS masih mengusahakan kegiata pertanian sebagai sumber utama. Hasil keluaran mereka termasuklah  kapas, gula, beras, gandum, daging, tenusu dan tembakau dipasarkan di dalam dan luar negara. Perkembangan pesat sektor pertanian membawa kepada penubuhan kilang. Kanak2 dan wanita banyak diambil berkerja sebagai hamba di kilang2 tersebut.

2.       Perkembangan sistem pengangkutan
Kelulusan Akta Landasan Kereta Api Pasifik oleh kerajaan pada tahun 1862 membawa kepada terbinanya jaringan landasan kereta api. Pembinaan landasan ini mendorong kepada;

         i.            Berlakunya penghijrahan & peningkatan jumlah penduduk
        ii.            Pembukaan petempatan baru
       iii.            Perkhidmatan penghantaran barang lebih cepat
      iv.            Menjadi salah satu cara pengiklanan menarik minat imigran luar.


3. Perkembangan perniagaan
Perkembangan ekonomi AS mendorong kepada munculnya perniagaan berskala besar. Penyatuan syarikat2 seperti syarikat besi keluli dan minyak  membawa kepada tertubuhnya syarikat2 besar. Antara syarikat besar yg menguasai pasaran ialah syarikat Dupont dan General Electric. Syarikat2 besar ini mempunyai jumlah modal dan pelaburan yg besar.
4. Perkembangan industri minyak dan besi keluli
Telaga minyak pertama dijumpai di Pennsylvania. Penemuan ini membawa kepada usaha cari gali yang baru sekaligus mendorong kepada kemunculan syarikat2 minyak seperti;
      i. Standard Oil of New Jersey
      II. Standard Oil Company of Ohio

Kejayaan syarikat2 tersebut memonopoli perniagaan minyak telah mendorong kepada kewujudan syarikat lain seperti gula dan tembakau. U.S. Steel Corporation adalah antara syarikat besi keluli yang menguasai industri keluli di AS.


5. Perkembangan perdagangan antarabangsa 
Kemunculan syarikat perniagaan yg besar dan mampu mengeluarkan barang yang banyak menyebabkan AS memerlukan  pasaran yang lebih besar. Keadaan ini membawa kepada perubahan dasar pemencilan kuasa kepada perluasan empayar. Perubahan dasar ini membolehkan barangan AS dipasarkan secara lebih meluas dan pelabur AS dapat melabur di tempat lain seperti Hawai, China dan Cuba.

Kesimpulan
Perkembangan sektor pertanian telah banyak memacu kepesatan sektor perindustrian di AS. Hasil pertanian yang banyak memerlukan kilang pemprosesan, pelabur dan pasaran yang lebih luas. Peranan yang dimainkan oleh kerajaan dalam menggalakkan perkembangan industri dan meluaskan pasaran juga menyumbang kepada perkembangan ekonomi kapitalisme di AS.


No comments:

Post a Comment