Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Selamat Datai ngagai Blog Semekar Cintaku

Selamat Datai ngagai Blog Semekar Cintaku

Jul 19, 2012

Ekonomi Feudalisme di Jerman

Gambar hiasan

Pengenalan
Pada abad ke-16, Jerman mula mengorak langkah dalam bidang ekonomi. Ketika itu Jerman masih mengamalkan sistem ekonomi feudalisme. Sistem ekonomi feudalisme yang diamalkan oleh Jerman dapat dilihat dalam 3 bidang utama iaitu pertanian, perindustrian dan perbankan

Kegiatan Ekonomi Feudalisme di Jerman
1. Bidang Pertanian
Sekitar abad ke-16, bidang pertanian merupakan sumber utama ekonomi Jerman. Unsur feudalisme masih teguh diamalkan dalam masyarakat Jerman. Sebagai contoh;
       i. Petani masih bergantung  kepada tuan tanah dan terikat dengan sistem perhambaan.
       ii. Kegiatan pertanian masih dijalankan menggunakan kaedah primitif iaitu masih
menggunakan sistem tiga bidang. Peralatan yang digunakan seperti tenggala masih diperbuat daripada kayu. Tenaga binatang digunakan untuk membantu dalam aktiviti pertanian..

Pada masa itu, petani merupakan golongan miskin yg tertindas. Mereka terbeban dengan cukai tanah dan tidak ada kebebasan melakukan kerja lain. Sistem keadilan pula dianggotai oleh paderi dan golongan atasan dan keputusan jarang memihak kepada golongan petani sehingga ramai diantara mereka menjadi hamba / serf.

Kemiskinan dan penindasan ini membawa kepada pemberontakan para petani. Mereka bangkit menentang golongan bangsawan dan menuntut hak serta kebebasan daripada tuan tanah. Antara tuntutan golongan petani ialah;
      i. Kehidupan yg bebas seperti memasuki hutan dan pergi berburu.
     ii. Pemansuhan amalan perhambaan
     iii. Menuntut untuk mendapatkan semula tanah awam

Pemberontakan yang mengorbankan lebih kurang 100, 000 orang petani ini menemui kegagalan. Walau bagaimanapun, perkara tersebut mendapat perhatian daripada pemerintah Jerman. Pemerintah Jerman mula melakukan perubahan dalam bidang pertanian. Antara pembaharuan yang dilaksanakan termasuklah;
        i. Pembinaan Terusan Frederick
        ii. Mengecualikan cukai selama 10 tahun
       iii.Penghapusan buruh serf.
        iv. Pembahagian tanah pertanian untuk menggalakkan Pertanian

Walaupun berlaku perkembangan dalam sektor pertanian, ia tidak selari dengan taraf hidup petani. Mereka masih lagi menjadi serf dan terikat dengan tuan tanah. Dalam kata lain, kehidupan golongan petani masih di takuk lama. Petani hanya menemui kebebasan apabila Raja Frederick II memansuhkan sistem serf dan Raja Joseph II menghapuskan perkhidmatan buruh sekitar tahun 1870-an


2. Bidang Perindustrian
Pada abad ke-16, industri tekstil diusahakan secara besar-besaran di Jerman. Perusahaan sutera juga berkembang pesat. Masyarakat desa turut terlibat dalam perusahaan menghasilkan pakaian berasaskan kain bulu dan linen. Muncul kilang2 tekstil pada abad ke-18 di Bohemia.

 Perdagangan tertumpu di bandar seperti Luberk, Hamburg dan Bremen. Venice muncul menjadi pelabuhan utama dan penting. Bandar2 baru turut muncul berikutan kepesatan perusahaan bijirin, pertukangan dan pemasaran lembu.

Perkembangan industri semakin rancak ekoran wujudnya kerjasama antara kerajaan dengan pihak swasta. Sebagai contoh, pembinaan kilang senjata di Spandau, Berlin.
Industri kraftangan seperti perusahaan memintal benang turut berkembang di kawasan pedalaman Jerman.

Kepesatan ekonomi di Jerman membawa kepada pengukuhan kedudukan saudagar [borjois]. Golongan sudagar ini kemudiannya menubuhkan pelbagai organisasi perniagaan baru sehingga menenggelamkan organisasi perniagaan tradisional seperti kesatuan tukang dan kesatuan saudagar.


3. Perbankan
Institusi kewangan seperti bank juga mula ditubuhkan. Bank-bank di Jerman banyak memberi bantuan kewangan atau modal kepada pedagang Jerman. Peruntukan modal ini membantu merancakkan urusan perdagangan termasuklah dengan Sepanyol dan Portugal. Barangan buatan kilang Jerman dipasarkan di Lisbon dan Sevile. Pada abad ke-18, bandar Frankfurt menjadi tumpuan penduduk ekoran kepesatan ekonomi perbankan dan perdagangan.


Kesimpulan
Kepesatan perkembangan ekonomi feudalisme di Jerman banyak didorong oleh peranan yang dimainkan oleh golongan petani. Hasil keluaran pertanian yang banyak akhirnya membawa kepada berkembangnya industri dan perdagangan yang didominasi oleh golongan saudagar. Ekonomi feudalisme Jerman semakin berkembang dengan tertubuhnya institusi kewangan seperti bank.

No comments:

Post a Comment